Selepas lapan bulan bertunang, pelakon Filipina yang dikenali ramai di Malaysia, Jericho Rosales selamat mengahwini model dan hos TV, Kim Jones Boracay, kelmarin.Perkahwinan pasangan ini dibuat bertemakan pantai dan meluncur yang diketahui merupakan aktiviti kegemaran Rosales.
Rosales bertemu Jones buat kali pertama di satu majlis makan malam anjuran rakan pelakonnya, Dominic Ochoa.
Selepas keluar dating selama dua bulan selepas perkenalan pertama tersebut, mereka kemudiannya mengikat tali pertunangan.
Dalam satu temubual bersama majalah Rappler Februari lalu, Rosales membayangkan dirinya seorang yang romantis dan amat disayangi Boracay.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis Rosales -Boracay yang dikongsikan tetamu di majlis besar pasangan sama cantik dan sama padan ini.