expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 3, 2014

AKADEMI FANTASIA 2014





Setelah hampir 11 tahun bertapak, Akademi Fantasia bakal kembali dengan musim terbaru dengan mengekalkan format asal seperti di awal kemunculannya. Walaupun mengekalkan konsep asal namun program itu akan diberi nafas baru bersesuaian dengan perkembangan terkini dunia hiburan. Pengumuman tentang Akademi Fantasia 2014 telah dibuat oleh Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad semasa majlis menghargai artis Astro di Hotel Le Meridien.

Raqim berkata,“Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama” Keputusan itu juga dibuat berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu dan mendapati rakyat Malaysia telah sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata yang cuma dapat dirasai menerusi program ini.

Raqim juga menambah , pihak produksi akan mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15 Jun), Sabah & Selangor (21 dan 22 Jun). Barisan juri yang bakal terlibat sepenuhnya pada sesi ujibakat AF 2014 ialah Shafizawati Sharif (Cikgu Shafi), Cikgu Siti Hajar, Acis, Fatimah Abu Bakar serta Fauziah Nawi.

Selain itu, pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk fast track secara online di mana peserta boleh memuat naik video nyanyian kreatif ke aplikasi AF Mobile atau menghantar terus ke www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014.