expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 3, 2014

PANAS: FESYEN RIHANNA KELIHATAN SEOLAH-OLAH BERBOGEL









Ini bukanlah khayalan atau sekadar ilusi fesyen tetapi ini merupakan busana yang benar-benar dikenakan penyanyi terkenal Hollywood Rihanna yang menampakkan 98% badannya. Rihanna tampil penuh keyakinan dengan fesyen yang menampakkan hampir keseluruhan badannya di majlis Council of Fashion Designers of America Awards (CFDAs) di New York baru-baru ini. Bersesuaian dengan fesyen yang amat 'memeranjatkan' itu, Rihanna berjaya meraih anugerah Fashion Icon Award dalam majlis tersebut.

Dengan mengenakan busana yang sangat jarang dan berkilauan itu, susuk tubuh Rihanna jelas kelihatan tanpa memakai coli dan hanya mengenakan sehelai seluar dalam kecil (thong) dan dia kelihatan seolah-seolah tidak memakai apa-apa ketika berjalan penuh yakin ke pentas untuk menerima anugerah yang dimenanginya.

Busana rekaan Adam Selman itu yang dihasilkan dengan bertatahkan 216,000 kristal Swarovski digayakan Rihanna dengan scarf kepala yang juga begemerlapan serta bulu 'fur stole' yang melingkari pinggangnya. Busana jarang dengan gemerlapan dan kilauan kristal Swarovski yang membaluti tubuh Rihanna jelas menyerlahkan bentuh tubuhnya yang langsing dan segala aset yang ada padanya.

Mungkin mengenakan busana yang menampakkan 'segalanya' amat berbaloi bagi Rihanna kerana 'segala' yang kelihatan berjaya menarik minat banyak pihak sekaligus membawa Rihanna sebagai penerima anugerah Fashion Icon Award.