expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 6, 2014

AWIE MINTA PEMINAT JANGAN CEPAT ADILINYA

Antara topik paling hangat diperkatakan minggu lepas adalah mengenai penyanyi rock terkemuka, Awie yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memukul isterinya, Rozana Misbun. Awie bagaimana pun tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur atas pertuduhan memukul isterinya baru-baru ini.

Kes ini masih lagi berjalan dan ramai pihak yang menanti keputusan mahkamah. Banyak terdengar desas desus mengenai kes ini walaupun keputusan sebenar belum lagi diperoleh. Banyak pihak yang menuding jari dan menyalahkan Awie atas kejadian yang berlaku ini walaupun kebenaran sebenar belum terbukti.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman kelihatan tenang dengan segala dakwaan yang dilemparkan padanya. Namun dia meminta peminat dan orang ramai agar tidak terlalu cepat membuat keputusan dan mengadili dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar. Menurut Awie, segala hikmah kejadian yang berlaku ini hanyalah untuk mereka yang terpilih oleh Allah sahaja.

"Mungkin sudah terlalu banyak orang beranggapan buruk pada saya tetapi mungkin tidak di mataNYA. Alhamdulillah, benda ini terjadi pada diri saya dan bukan pada diri keluarga isteri saya. Masyarakat mungkin sudah lali dengan anggapan jahat terhadap diri saya tetapi bukan terhadap keluarga isteri saya" kata Awie

"Kalau kena kepada keluarga isteri saya, mungkin mereka tidak boleh tahan dan tidak boleh terima keadaan ini. Tetapi, ianya berlaku ke atas diri saya. Alhamdulillah…eh boleh saya sebut ke Alhamdulillah, nanti ada yang marah? Tuduhan dibuat oleh isteri saya, saya terima tetapi mahkamah yang akan menentukan segalanya," jelas Awie

"Jangan adili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya. Insya Allah, kita sama-sama tunggu dan lihat. Kejayaan setiap lelaki pasti ada seorang wanita dibelakangnya. Kalau saya sekarang ini nak dikategorikan apa? Wallahualam," tambahnya lagi.

Setakat ini, mungkin apa yang boleh dilakukan para peminat adalah untuk menanti dengan penuh kesabaran. Sehingga itu, janganlah hendaknya kita terus-terusan membuat tuduhan atas perkara yang masih tiada kepastian. Tambahan pula di bulan Ramadhan ini, harus kita kurangkan segala aktiviti umpat dan caci terhadap orang lain.