expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 6, 2014

HALIZA MISBUN PERCAYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI KEJADIAN MENIMPA ADIKNYA

Kes mahkamah yang membabitkan Awie yang dituduh memukul isterinya telah mendapat perhatian kakak ipar Awie iaitu pelakon, Haliza Misbun.

Menurut Haliza dia hanya mampu berdoa agar adiknya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat sperti ini biarpun dia dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah.

HALIZA MISBUN TURUT DITUDUH MENYEBARKAN GAMBAR-GAMBAR KECEDERAAN ADIKNYA
"Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasya. Namun, Rozana masih cuba berfikiran positif," kata Haliza

Haliza yang juga turut melemparkan pandangan peribadi dari perspektif seorang wanita mengenai isu ini. Menurutnya, wanita perlu tahu hak mereka sebagai isteri sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam 'deklarasi harta sepencarian' disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu.

"Ini penting agar kita tidak perlu naik turun mahkamah apabila perceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda," katanya lagi.

Haliza Misbun sebelum ini pernah dituduh sebagai individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar kecederaan adiknya Rozana. Namun, Haliza menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia tiada keberanian berbuat demikian.