Ketika prosiding, pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam masing masing.
Menurut peguam Rita Rudaini, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita itu membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.
“Perkiraan jumlah tersebut dibuat bermula dari tarikh Aidil keluar meninggalkan Rita serta dua anak di rumah mereka di Kota Damansara sejak bulan Januari 2012. Tuntutan nafkah ini telah difailkan pada Januari lalu dan semua jumlah tersebut adalah nafkah tertunggak,” jelasnya.
Ketika perceraian mereka disahkan, Rita Rudaini telah membuat tuntutan nafkah sebanyak RM5,392 sebulan iaitu bagi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang. Walau bagaimanapun, Aidil Zafuan menganggap jumlah itu sebagai mengarut dan menegaskan bahawa dia hanya mampu membayar RM2,000 sebulan.
By,
Farahhasina