expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 12, 2014

MILEY CYRUS CARI PASAL DENGAN SELENA GOMEZ





Penyanyi Miley Cyrus telah mencetuskan kontroversi apabila nampaknya dengan sengaja membuang keratan gambar Selena Gomez semasa konsertnya di Milan, Itali pada 8 Jun lalu.

Dalam kejadian di konsertnya itu, mungkin Miley tidak berpuas hati apabila salah seorang peminatnya membawa keratan gambar Selena Gomez ketika menyaksikan persembahannya. Sebaik sahaja keratan gambar kadbod itu diambilnya, dia terus mebawanya ke atas pentas. Miley mula melambai-lambai dengan keratan gambar itu ke arah penonton sambil menyanyikan lagu hit terbarunya, "FU."

Miley kemudiannya melemparkan keratan gambar itu ke arah penonton ketika dia menyanyikan lagunya pada bahagian lirik; "I don't really have much to say / I was over it the second that I saw her name/ I got two letters for you/ One of them's F and the other one's U."

Walaupun mungkin kejadian itu mungkin tidak dirancang Miley, namun tindakannya itu telah mencetuskan kontroversi dan rata-rata pihak menyatakan perbuatan itu sebagai tidak perlu dilakukan dan ianya sangat tidak matang. Sebagai seorang penghibur, Miley sepatutnya telah lebih arif tentang akibat perbuatannya itu yang pasti menjejaskan kredibilitinya.

Setakat ini baik Miley mahupun Selena Gomez masih belum mengulas tentang kejadian itu, tetapi Miley dijangka akan membuat komen mengenainya sedikit masa lagi.


Edited by;
Farahhasina