expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 14, 2014

NABILA HUDA BERCUTI DENGAN KEKASIH BARU DI LONDON



Pelakon popular Nabila Huda khabarnya sedang bercuti di kota London bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasih barunya. Malah, Nabila telah memuat naik gambar-gambar percutiannya bersama lelaki itu di London menerusi Instagram.

Walaupun begitu, setakat ini lelaki yang menjadi kekasih baru Nabila ini masih lagi menjadi mesteri dan tanda tanya. Nabila juga nampaknya masih lagi merahsiakan identiti kekasih barunya itu.

Malah semua gambar bersama lelaki itu yang dimuat naik oleh Nabila hanya dari jarak jauh atau membelakangi kamera. Jadi semua pihak masih berteka-teki siapakah buah hati baru Nabila ini.

Banyak pihak mengganggap Nabila berbuat demikian untuk menjaga perhubungan barunya itu dari dimanipulasi mana-man pihak. Selepas percintaannya dengan DJ Nas-T berakhir tahun lalu, mungkin Nabila juga sudah serik dengan sikap terbukanya sebelum ini yang mendedahkan segala kisah percintaan dirinya. Oleh itu, Nabila perlu lebih berhati-hati menjaga hubungannya.

Hanya gambar-gambar ini yang dikongsi oleh Nabila yang sedang bercuti di London bersama teman barunya itu. Walaupun tidak dapat menatap wajah kekasihnya, namun yang pasti dia kini sedang seronok meluangkan masa bercuti dengan insan yang istimewa di hatinya itu.



By,
Farahhasina