expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 12, 2014

NEELOFA SAHKAN PUTUS CINTA DENGAN HANS ISAAC


Baru semalam kami menyiarkan kenyataan Hans Isaac yang enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi keretakan hubungan cintanya dan Neelofa. Dalam kenyataan Hans itu, dia tidak memberikan komen secara terperinci tentang isu ini namun hanya mengatakan bahawa dia mahu memberi lebih fokus pada kerjaya seninya.

Namun hari ini, menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Neelofa telah tampil memberi kenyataan yang mengesahkan bahawa hubungannya dan Hans telah berakhir.

Neelofa juga mengatakan bahawa dia tidak lagi mahu dikaitkan dengan Hans Isaac dan secara terbuka mengakui bahawa hubungan cintanya dan Hans telah berakhir sejal awal Februari tahun ini lagi.

“Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberi harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah berakhir sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai perkahwinan pada hujung tahun adalah tidak benar sama sekali” jelas Neelofa dalam kenyataannya.

“Saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal percintaan antara kami berdua,” tambah Neelofa lagi.

Apabila ditanya mengenai punca sebenar perpisahan mereka itu, Neelofa bagaimana pun tidak mahu menjelaskan tentang perkara itu dan dia hanya menganggap bahawa dirinya tiada jodoh dengan Hans Isaac.