Kemeriahan Syawal semakin dirasai bila ibu kota, Kuala Lumpur semakin lenggang apabila ramai penghuninya sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing.
Selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyambut lebaran kali ini dengan penuh rasa bersyukur dan gembira dikelilingi insan tersayang di sisi mereka.
Antara yang sudah pulang ke kampung ialah penyampai radio sambilan, Nana Mahazan yang selamat tiba ke kediaman ibu bapanya di Muar, Johor bersama-sama suami, Raqeem Brian dan anak-anak, Althea dan Aaqib.
Aktres comel, Nora Danish pula mengambil kesempatan mengabdikan gambar kenangannya bersama putera tunggal, Putra Rayqal Ramli untuk dijadikan sampul duit raya
Pelakon jelita, Fazura turut tidak ketinggalan membeli biskut raya dan antara yang menjadi kegemarannya ialah biskut kacang hijau yang dijual oleh pengurus peribadinya, Badler.
Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha sudah pun memperuntukkan sejumlah wang berserta sampul raya yang berwarna-warni untuk tujuan tersebut.
Pelakon Dynas Mokhtar pula berkongsi busana raya keluaran butiknya yang boleh digayakan ibu mengandung serta ibu yang menyusukan anak mereka. Koleksi yang direka khas oleh Dynas itu boleh didapati di kedai miliknya yang terletak di The Curve dan Setia City Mall.