expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 1, 2014

AMY SEARCH DAN NABILA HUDA DAH BERBAIK, BERAYA BERSAMA


Alhamdulillah.. akhirnya penyanyi rock terkenal, Amy Search sudah pun dilaporkan berbaik dengan anak sulungnya, Nabila Huda.

Jika sebelum ini hubungan mereka dikatakan sedikit renggang selepas Amy menegur Nabiladi laman Instagram berhubung gambar aktres itu ketika bercuti di luar negara, baru-baru ini.

Tahun lalu juga Nabila tidak beraya bersama baik di sebelah ibu mahupun bapanya, sebaliknya pelakon berbakat besar itu mengambil kesempatan bercuti dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan baiknya.

Baguslah begini, air yang dicincang takkan putus, semoga hubungan Nabila dan Amy akan kekal baik sampai bila-bila dan jadikan pertelingkahan lalu sebagai pengajaran yang paling berharga buat kalian berdua.

Selamat hari raya Papa Rock dan Nabila!