expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 5, 2015

EINA AZMAN TIDAK HAMIL


Sekeping gambar yang dimuat naik oleh pelakon Eina Azman di laman Instagram pada 31 Disember lalu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. 

Gambar tersebut yang memaparkan Eina ketika menyambut tahun baru bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden telah meyebabkan banyak pihak membuat andaian bahawa pelakon kecil molek ini sudah hamil. 

Banyak cerita mengenai dakwaan bahawa Eina telah berbadan dua tersebar di media sosial dan portal-portal hiburan popular kerana perut Eina dikatakan agak menonjol sedikit dalam gambar tersebut.

Namun, apabila ditanya pada Eina sendiri, pelakon itu menepis dakwaan yang beliau sudah hamil. Menurut Eina lagi peminat mungkin tersalah tafsir foto tersebut dan menyangka beliau mengandung kerana mengenakan pakaian yang agak besar dan longgar pada waktu itu.

“Ish, mana ada saya mengandung… orang nampak macam ada baby bump sebab saya pakai baju besar kot,” kata Eina.

Walaupun begitu, dia juga sudah sedia untuk sebarang kemungkinan bergelar ibu dalam masa terdekat ini jika dikurniakan rezeki. 

Eina menganggap kata-kata peminat itu ibarat doa buat dirinya dan suami dan berharap ia bakal menjadi kenyataan. 

INILAH GAMBAR EINA AZMAN DAN SUAMI YANG DIDAKWA MENUNJUKKAN 'BABY BUMP'

ANTARA KOMEN PEMINAT MENGENAI GAMBAR EINA YANG KONONNYA TELAH HAMIL