Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip telah mengumumkan bahawa dia bakal mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya pada 27 Februari ini selepas 2 tahun menyulam cinta dengan seorang gadis bernama Effy
Menurutnya juga, majlis merisik telah diadakan di rumah kekasih hatinya itu di Kuching, Sarawak pada 21 Disember lalu dan tarikh pertunangan yang telah mereka rancang pada Februari ini juga adalah bersempena sambutan hari lahir Hafiz sendiri
Hafiz turut memaklumkan yang majlis pertunangan mereka akan diadakan di Hotel Pullman, Kuching dan tempoh pertunangan yang dirancang adalah selama setahun sebelum melangsungkan perkahwinan.
Ini bagi membolehkan mereka membuat persiapan sepenuhnya bagi majlis perkahwinan selain menunggu kekasihnya yang masih belajar itu tamat pengajian.
“Kalau ikutkan hati saya sendiri tidak mahu bertunang lama-lama. Tapi saya hormati dia dan pada masa yang sama mahu beri ruang kepadanya. Kalau semuanya berjalan lancar, kami akan bernikah selepas setahun,” jelas Hafiz.

HAFIZ DAN EFFY YANG SUDAH 2 TAHUN MENJALIN HUBUNGAN CINTA |
ANTARA KOLEKSI GAMBAR HAFIZ DAN BAKAL TUNANGNYA. |