Menurut Jennifer, dia tidak sedih dan langsung tidak merasai apa-apa tentang perceraiannya mendapat liputan meluas pada tahun 2005.
"Saya tidak merasakan ianya sesuatu yang memedihkan. Saya rasa ia adalah satu cerita karangan yang mengikuti anda kerana ia menjadi tajuk utama yang menarik. Ia lebih kepada satu topik yang diolah media," kata pelakon berusia 45 tahun itu
Jennifer juga ditanya sama ada dia masih berhubungan dengan Brad dan dia menjawab, "Kami sering memberi ucap selamat satu sama lain, tetapi ia bukanlah satu perkara yang berlaku secara tetap," tambah Jennifer lagi.
Beliau juga ditanya mengenai Justin Theroux dan khabar angin yang sentiasa menghantui hubungan mereka. Jennifer mengatakan bahawa hanya mereka berdua sahaja yang tahu kebenaran tentang hubungan mereka.