Thursday, May 15, 2014
PEROMPAK TERKEJUT DISURUH BAYAR HARGA PISAU
Satu kejadian samun yang sepatutnya mencemaskan bertukar menjadi cerita lawak di Osaka, Jepun.
Ketika kejadian jam 5.40 pagi semalam, seorang perompak memakai pakaian serba hitam memasuki kedai serbaneka 24 jam ‘Seven-Eleven Izumi-Odacho’ lalu meletakkan pisau di atas kaunter.
Suspek yang siap memakai bandana bagi menutup wajahnya itu kemudian menyuruh kashier yang juga pengurus kedai serbaneka tersebut menyerahkan wang kepadanya.
Namun apa yang berlaku, pengurus wanita berusia 54 tahun selamba mengambil pisau yang diletakkan perompak di atas kaunter, mengimbas kod bar padanya lalu memberitahu harga pisau tersebut.
Terkejut dengan tindakan itu, perompak terbabit memberitahu dia akan pergi mengambil wang di keretanya namun terus beredar tanpa mengambil apa-apa.
Menurut polis ketika kejadian tiada pelanggan lain di kedai serbaneka tersebut dan suspek yang memiliki ketinggian 170cm sedang cuba dikesan atas kesalahan cuba merompak.
Kes ini menjadi bualan ramai dengan kebanyakan menganggap pengurus kedai serbaneka tersebut tersilap dengar ketika kejadian berlaku namun ada juga yang menyatakan dia memang seorang wanita berani.
- REM RAMZI

