expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 5, 2015

BRAD PITT MENYANYI ATAS PENTAS


Aktor kacak Brad Pitt membawa penonton untuk menyanyi bersamanya pada majlis anugerah Palm Springs International Film Festival 2015.

Pelakon berusia 51 tahun itu muncul di atas pentas untuk memperkenalkan David Oyelowo, yang menerima Anugerah Breakthrough Performance untuk pelakon lelaki atas peranan utamanya sebagai Dr Martin Luther King Jr dalam filem 'Selma'

Seperti yang dapat dilihat dalam video, Brad Pitt menunjukkan kepada orang ramai bagaimana untuk menyebut nama akhir Oyelowo ini...iaitu dengan menyanyikannya dalam nada lagu bola yang popular 'Ole, Ole, Ole' dan lagu Coldplay 'Yellow'

Anugerah Palm Springs International Film Festival telah berlangsung di Palm Springs, California sebagai memulakan majlis anugerah bagi tahun baru ini.

Dalam majlis ini, pelakon filem dan pembikin filem yang bergiat aktif sepanjang 2014 telah dianugerahkan sebelum majlis yang lebih besar seperti Golden Globes,yang akan berlangsung pada 11 Januari dan Oscar, yang akan memulakan pencalonan awal pada 15 Januari.

BRAD PITT MUNCUL DI PENTAS DAN SEMPAT BERJENAKA DENGAN NYANYIAN PENDEKNYA
TETAP KACAK...BRAD PITT MUNCUL DENGAN IMEJ BERJAMBANG