expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Wednesday, January 7, 2015

PELAKON LUCAH DARI LUBNAN DISENARAI BINTANG PORNO NOMBOR SATU


Seorang bintang porno yang berasal dari Lubnan telah mencetuskan kemarahan di negara asalnya selepas dia disenaraikan sebagai pelakon lucah yang paling popular di dunia.

Mia Khalifa, 21, telah menerima ancaman bunuh selepas dia berada di kedudukan nombor satu yang disenaraikan oleh laman web paling popular, PornHub.

Pencapaian dan gelaran yang diterimanya telah menyebabkan kemarahan yang meluap-luap di kalangan masyarakat di Timur Tengah. Para pengguna Twitter telah menggunakan laman web media sosial untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai perkara itu.

"Saya merupakan seorang patriot Palestin dan apa yang awak lakukan adalah perbuatan yang keji," tulis seorang pengguna. Manakala seorang lagi dengan berani menulis: "kepala kau akan dipotong tidak lama lagi insyallah"

Menurut penganalisa Lubnan, anak tempatan marah dan tersinggung dengan kerja yang dilakukan gadis itu.

Ini kerana dia sering menayangkan dan berbangga dengan darah Lubnan yang mengalir dalam dirinya di Twitter dan Instagram dengan memuat naik gambar tatu Arab miliknya yang berbunyi 'Koullouna lil-Watan, lil'oula lil- 'alam.' [baris pembukaan lagu kebangsaan Lubnan]

Dia juga mempunyai satu lagi tatu Angkatan Tentera Lubnan yang terkenal pada pergelangan tangannya.

Ketika ditanya tentang hal itu, dia menjawab: "Saya dilahirkan dan dibesarkan di sana jadi saya berhak memberi pendapat mengenai politik sama seperti orang lain,"

Aktres itu yang baru 3 bulan menceburi bidang itu juga dengan berani menyindir oarang-orang yang mengkritiknya dengan membuat tweet mengatakan, "Bukankah Timur Tengah mempunyai perkara lebih penting yang perlu dibimbangkan selain dari saya? "Mungkin untuk mencari seorang presiden? Atau mengawal ISIS?" tweetnya lagi.

Walaupun Mia telah dilahirkan dan dibesarkan di Lubnan, dia kini menetap di Miami. Bagi dunia barat, ianya amat menakjubkan kerana dalam sekelip mata sahaja bintang porno berketinggian 5 kaki 2 inci ini telah menjadi masyhur dalam industri filem lucah.

MIA KHALIFA, BINTANG PORNO YANG BERASAL DARI LUBNAN
MIA BERANI MENENTANG ADAT KETIMURAN DENGAN MENCEBURI INDUSTRI FILEM LUCAH
MIA BARU 3 BULAN MENJADI PELAKON LUCAH NAMUN TERUS MENDAPAT RANKING TERTINGGI
MIA YANG KINI MENETAP DI MIAMI