Thursday, May 15, 2014
Blogger Arab Saudi Disebat 1,000 Kali Kerana Hina Islam
Arab Saudi – Seorang blogger, Raif Badawi, dihukum penjara 10 tahun, didenda hampir RM600,000 dan disebat 1,000 kali selepas didapati bersalah menghina Islam melalui laman webnya Saudi Liberal Network.
Hukuman asal Raif sebelum ini adalah penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun dia kemudiannya membuat rayuan dan mahkamah telah membenarkan perbicaraan semula.
Bagaimanapun dalam perbicaraan semula, hukuman lebih keras telah dikenakan ke atasnya.
Sejak perbicaraan, laman webnya juga telah ditutup.
Dia ditangkap pada Jun 2012 dan didakwa dengan jenayah siber dan ingkar perintah bapanya, berhubung laman web itu.
Laman web itu mengandungi artikel mengkritik Ulama Besar Arab Saudi.
Pendakwaraya sebelum ini mendesak supaya Raif dibicarakan kerana murtad, iaitu jenayah yang membawa hukuman mati di Arab Saudi,.
Namun perbicaraan awal sebelum ini menyaksikan hakim menggugurkan tuduhan tersebut.
Dalam pada itu, peguam bela Raif telah menyelar hukuman berkenaan kerana terlalu keras. Raif boleh merayu hukuman baru ini namun mungkin dia akan berfikir dua kali untuk mencabar hukuman tersebut, selepas apa yang berlaku dalam rayuan sebelum ini.