Posted on Monday, May 19 @
04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pasangan kembar di Turki ini bukan sahaja
berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing bersama, malah mereka juga ditemui
meninggal dunia bersama, Selasa lalu.
Mayat Ismail dan Suleyman Cata, 32
ditemui pasukan penyelamat berpegangan tangan tertimbus akibat letupan lombong
arang batu yang dilaporkan telah meragut 301 nyawa.
Isteri Suleyman, Murside berkata, suaminya seorang yang
mementingkan keluarga juga cinta sejatinya.
“Dia bekerja keras untuk upah yang sedikit
dan dalam keadaan sukar. Impian dia adalah untuk bersara awal dan menghabiskan
lebih banyak masa dengan keluarga.
“Sekarang dia dah tak ada dan tak
akan pernah kembali,” katanya yang dipetik portal berita Daily Mirror.
Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia empat tahun, Ahmet manakala
Ismail dan isterinya, Fatima dikurniakan anak kembar, Sude dan Buse yang sudah
berusia dua tahun.
Kedua pasangan ini berkahwin pada 2010.