May 17, 2014
SEORANG warga Singapura meluahkan rasa tidak puas hatinya berkenaan seorang pembantu rumah warga asing yang mengabaikan tugasnya menerusi portal The Real Singapore.
Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Jane, kejadian itu disaksikannya di Block 122 Geylang East Central pada Khamis lalu.
Pembantu rumah tersebut dilihat begitu asyik bermesraan dengan kekasih warga Bangladeshnya dan mengabaikan wanita tua yang sepatutnya dijaga lebih dari sejam.
Wanita tua yang berkerusi roda itu sengaja dihadapkan ke arah bertentangan agar tidak melihat perlakuan tidak senonohnya itu.
Jane juga memberitahu, itu bukan kali pertama pembantu rumah itu berbuat demikian.
Malah, dia pernah meninggalkan wanita tua itu di balkoni seorang diri untuk ke pusat membeli-belah berdekatan dengan kekasihnya itu sewaktu ketiadaan majikannya.
Justeru, dia berharap agar pendedahan itu akan membuatkan lebih ramai majikan memantau perlakuan pembantu rumah mereka di masa akan datang.