expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 15, 2014

Sikap Mulia Pelayan Restoran Kepada OKU


SATU kisah menarik mengenai kemuliaan hati seorang anak muda yang juga pelayan sebuah restoran telah dikongsi oleh Ghadaffi Othman menerusi status di akaun Facebooknya, beberapa hari lalu.

Status tersebut turut disertakan dengan dua keping gambar dan setakat ini telah dikongsi oleh 2,089 orang pengguna akaun sosial itu.

Nota Atas Tisu Buat Pelayan Restoran Menangis
Nota Atas Tisu Buat Pelayan Restoran Menangis

Berikut merupakan status penuhnya:

“Sangat tersentuh.. sangat2 tersentuh.

“Tinggi sungguh markah waiter ni. Waktu saya lunch dgn wife di Nasi Ayam Penyet Ria plaza angsana jb, ada sorang OKU masuk ke restoran. Lelaki tua cina yang cacat anggota dan akal.

“Dengan tak banyak bunyi waiter ni bagi dia duduk amek nasi dan terus suapkan makanan ke mulut dia. Suap dan layan dia makan sampai selesai sepinggan nasi. Hati saya terus terdetik mulianya sikap waiter ni. Semoga Allah selamatkan hidup budak ni dunia akhirat. Kalau saya jadi waiter blom tentu saya mampu buat benda yang sama.

“Lagi best masa dah habis makan OKU tu nak bayar staff restoran tu tak ambil bayaran. Saya bangga tengok anak muda bangsa saya macam tu. Fuhhhhhh.. tinggi markah kau dik. Abang bagi A+++..”

Memang betul kata Ghadaffi itu. Bukan setakat pelayan, bahkan kita sendiri pun mungkin tak terfikir untuk melakukan perkara yang sama sekiranya berhadapan dengan golongan istimewa ini.

Semoga kebaikan yang dilakukan oleh anak muda ini akan dijadikan teladan oleh semua di masa akan datang…

Oleh: ELZA