Sunday, June 1, 2014
ERMA FATIMA RESTUI PERNIKAHAN KEDUA BADE
Berita perkahwinan Bade mula tersebar apabila ada individu yang telah menghantar foto majlis perkahwinan pasangan itu kepada seorang wartawan.Pelbagai pihak ternanti-nanti reaksi dari isteri pertama Bade, pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima. Menurut Erma dia mengetahui dan memang merestui pernikahan kedua suaminya
"Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.
"Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia"
Bade atau nama sebenarnya Badarudin bin Haji Azmi telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran. Majlis persandingan telah diadakan di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor.