expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 17, 2014

GEORGE CLOONEY BAKAL GABENOR CALIFORNIA?



George Clooney akan mewakili Parti Demokratik untuk bertanding bagi jawatan Gabenor California dalam pilihanraya pada tahun 2018.

Pelakon berusia 53 tahun itu berhasrat mengikut jejak langkah bekas Gabenor Republikan dan bintang Hollywood Arnold Schwarzenegger yang bertanding dalam pilihanraya 2018 mewakili Parti Demokrat.

Satu sumber memberitahu ''George adalah sangat popular dengan mewakili Demokrat dan pastinya menjadi Gabenor California yang merupakan nadi Hollywood adalah satu langkah yang paling tepat.

Clooney dilaporkan merancang untuk memulakan kerjaya politiknya selepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang peguam British bernama Amal Alamuddin, 36, pada bulan September ini dan Clooney juga telah menolak beberapa tawaran filem untuk memberi fokus pada kerjaya politiknya.

Amal, yang bekerja sebagai seorang peguam hak asasi manusia di London, dikatakan mahu meneruskan kerjayanya di situ tetapi akan mempertimbangkan untuk berpindah ke Amerika bagi menyokong Clooney.

Aktor itu juga merupakan sahabat karib Presiden Barack Obama yang baru-baru ini menjadi tetamu presiden itu untuk tayangan filem terbarunya 'The Monuments Men' di White House.

Jika George seterusnya bertanding dan memenangi pilihanraya 2020 untuk jawatan Presiden, Amal juga akan menjadi wanita British pertama yang menjadi wanita pertama negara itu dan George pula pastinya mengikut jejak langkah Ronald Reagan, yang bermula daripada bintang filem sebelum menjadi Gabenor dan akhirnya menjadi Presiden Amerika.


Edited by;
Farahhasina