expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 16, 2014

MARIA FARIDA MINTA PEMINAT PILIHKAN BIKINI



Lambakan laman sosial dewasa ini amat dirasai oleh semua pihak. Ramai yang memanfaatkan laman sosial ini untuk pelbagai tujuan malah ada yang begitu obses hingga menggunakannya dengan tujuan dan maksud peribadi. Artis juga kini tidak ketinggalan menggunakan laman sosial untuk mendekati peminat.

Rata-rata kini segalanya dikongsi di laman sosial termasuklah hal-hal yang terlalu peribadi. Baru-baru ini aktres Maria Farida telah berkongsi satu gambar yang mencetuskan kontroversi di Instagram. 

Gambar tersebut merupakan gambar bikini milik Maria yang dikongsi dengan peminat dengan caption “Can’t decide on which one… hmm“. Maria meminta pandangan peminatnya untuk memilih bikini yang harus dipakainya.

Pelbagai reaksi diterimanya daripada peminat. Ada yang masih berfikiran terbuka dan tak kurang pula yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut. Ada yang memberi komen dalam bentuk sindiran seperti menyuruh Maria untuk menunaikan solat istikarah, mencuba satu dan ada juga yang mencadangkan warna lain.

Ramai juga yang terfikir adakah Maria akan mengambil gambar dirinya dengan bikini pilihan nanti dan memuat naiknya di Instagram? Hanya dia yang ada jawapannya. Kadangkala keterbukaan kita dalam menggunakan laman sosial juga ada had dan batasnya. 

Walaupun kita bebas menggunakannya, namun kita harus berwaspada dan lebih prihatin dengan status kita sebagai orang timur yang kaya dengan adab sopan. Jadi, harus lebih bijak menilai yang mana patut atau tidak untuk dimuat turun.