expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 4, 2014

GEORGE CLOONEY BAKAL KAHWINI WANITA MUSLIM?





Aktor kacak Hollywood, George Clooney yang terkenal dengan filem-filem aksi bakal berkahwin untuk kali kedua setelah mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam Arab di London bernama Amal Alamuddin pada bulan April lalu.

Desas desus mengatakan George Clooney, 53 dan pasangannya ini bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan September tahun ini. Namun persoalannya, adakah aktor Hollywood ini bakal mengahwini seorang wanita Muslim? Ini kerana Amal Alamuddin, 36 berasal dari Beirut, Lubnan.

Banyak khabar angin tentang agama sebenar Amal tersebar di laman-laman sosial. Ada yang mengatakan wanita ini merupakan seorang Muslim dan ada yang membuat dakwaan wanita ini bukan beragama Islam. Namun adalah dipercayai bahawa wanita ini mempunyai latar belakang fahaman Druze.

Druze merupakan salah satu cabang fahaman atau agama pecahan dari Syiah Ismailiyah pada zaman era Kerajaan Fatimiyyah pada abad ke-10. Fahaman ini adalah bukan fahaman Islam akan tetapi ia agak mirip dengan ajaran Islam Syiah dan Kristian. Mereka ini terdapat di negara-negara Arab khususnya di Lubnan (Beirut), Palestin / Israel, Syria dan Turki.
  
WAJAH AMAL ALAMUDDIN, SEORANG PEGUAM YANG BERASAL DARI BEIRUT, LUBNAN
AMAL YANG KELIHATAN PADA 13 MEI LALU DI LONDON MEMAKAI CINCIN BERLIAN 
PERTUNANGANNYA DAN AKTOR GEORGE CLOONEY