Pasangan Hollywood yang on-off iaitu Justin Bieber dan Selena Gomez tertangkap bersama dalam satu rakaman video ketika melakukan aktiviti yang menjejaskan imej mereka sebagai selebriti.
Menurut InTouch, kedua-dua bintang popular ini didakwa dirakam mengambil kokain bersama-sama dalam keadaan yang agak gelap dan kabur di salah sebuah kelab malam bernama 1Oak di Los Angeles pada 16 Jun lalu. Kini, rakaman video tersebut disebarkan oleh seseorang yang mahu mengaut keuntungan daripadanya.
"Mereka telah berparti tanpa henti dan jelas tidak menghiraukan kelakuan buruk mereka," satu sumber memberitahu InTouch.
Pasangan itu baru-baru ini menghabiskan masa sehingga lewat malam bersama di beberapa tempat di LA termasuk 1Oak dan Bootsy Bellows. Pada 17 Jun, polis telah datang ke rumah Selena untuk mengurangkan bunyi bising setelah mendapat aduan daripada jirannya.
Keluarga Selena yang kini berusia 21 tahun ini sangat khuatir akan segala masalah yang datang dan menyalahkan Justin untuk kerana hubungan mereka.
Menurut satu sumber, Justin, 20, sering dipersalahkan dan dianggap membawa pengaruh buruk pada Selena yang dahulunya sangat baik.
Aktress ini dikatakan menghabiskan masa selama dua minggu di pusat pemulihan kerana ketagihan alkohol, dadah dan preskripsi pil pada awal tahun ini. Walau bagaimanapun, jurucakap yang mewakili Selena menafikan bahawa dia ditahan atas penyalahgunaan dadah.
Penyebaran video terbaru ini juga pasti memburukkan lagi keadaan bagi Justin Bieber selepas dia mencetuskan kontroversi dengan video berbaur perkauman sebelum ini. Imej Justin juga amat tercalar selepas isu penyalahgunaan dadah apabila dia didakwa positif dadah dalam ujian DUI pada Januari lalu.
Selain itu, salah satu rekod buruk Justin adalah apabila beliau ditangkap kerana memiliki kokain pada bulan yang sama.
Edited by;
Farahhasina