expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 26, 2014

PENYANYI LAGU TEMA 'FROZEN' AKUI DATUKNYA GAY


Bintang pop yang popular dengan lagu 'Let it Go' dari filem 'Frozen, Demi Lovato membuat kenyataan yang menggemparkan apabila dia mengakui bahawa mendiang datuknya adalah seorang gay.

Demi adalah antara selebriti yang menyuarakan pendapat di majlis Trailblazers Logo TV, yang memberi penghormatan kepada mereka yang telah memperjuangkan hak-hak bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dalam majlis itu, Demi sempat berkongsi pengalamannya sendiri dengan komuniti LGBT di mana dia menjelaskan bahawa datuknya telah bersikap terbuka tentang orientasi seksualnya pada tahun 1960-an.

Penyanyi itu memberitahu orang ramai,"Saya tidak pernah memperkatakan tentangnya sebelum ini, tetapi datuk saya adalah seorang yang menjadi pelopor dalam memperjuangkan hak dirinya. Dia berani untuk mendedahkan tentangnya pada tahun 1960, dan saya rasa semangat dan kekuatan saya kini datang daripada dirinya"

"Beliau meninggal beberapa tahun selepas itu, dan saya sebenarnya amat berharap yang dia masih hidup hingga kini untuk melihat segala perkembangan dan kemajuan berkenaan isu ini yang pernah diperjuangkannya dahulu," tambah Demi lagi.

"Ia adalah seperti satu penghormatan apabila diterima dan dialu-alukan oleh komuniti LGBT, jadi terima kasih banyak," ujarnya yang selama ini memang lantang mempertahankan hak-hak bagi golongan gay.


Edited by;
Farahhasina