expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 23, 2014

LANA NORDIN DAPAT KEKASIH BARU


Pelakon seksi yang penuh kontroversi, Lana Nodin telah membuat pengakuan bahawa dia kini telah mempunyai teman baru. Selepas hubungan cinta Lana dan Johan Asari, juga seorang lelaki dari Republik Czech berakhir, kini Lana yang mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia telah menemui cinta baru.

Lana mengakui bahawa dia kini mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon barnama Mas Hidzhir Khan atau lebih dikenali dengan nama Mas Khan. Beliau pernah berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas.

“Ketika ini saya hanya dalam proses mengenali dia dan saya rasakan dia adalah seorang yang senang untuk dibawa berbincang dan juga seorang yang open-minded. Lagipun dia tidak kisah langsung dengan pengalaman-pengalaman lepas yang pernah saya lalui dan dia seorang yang memandang ke hadapan” kata Lana.

“Setakat ini kami dalam proses mengenali kerana kami digandingkan bersama dalam filem terbaru berjudul Biasan dan dari situ sedikit demi sedikit perhubungan itu mula berputik. Kalau boleh tak mahu bercerita ini secara lebih terperinci kerana masih terlalu awal, dan kalau ada rezeki kita akan ke fasa seterusnya,“ tambah Lana lagi.

Menurut Lana, walaupun baru berusia 20 an, tetapi Mas Khan sangat matang dan amat serasi dengannya. Selain itu Lana juga memberitahu bahawa Mas Khan sangat pandai mengambil hati.

Lana yang sememangnya amat terbuka mengenai soal hubungannya, menjelaskan bahawa setakat ini dia mahu mengenali hati budi  lelaki itu terlebih dahulu & tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Nampaknya Lana banyak belajar daripada pengalaman silamnya.

Lana juga memberitahu bahawa semenjak kebelakangan ini, dia selalu membawa Mas Khan untuk menghadiri majlis hiburan yang diadakan untuk meningkatkan keyakinan diri lelaki itu di khalayak ramai dan pihak media.

“Saya bawa dia bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada soal untuk membantu penampilannya agar berkeyakinan dan dia juga boleh mengenali rakan-rakan artis yang lain serta membina networking yang luas. Saya harap perkara ini janganlah di salah ertikan," ujar Lana Nordin yang ternyata begitu prihatin tentang kerjaya seni kekasih barunya itu.