SKANDAL TRIO SEKS ROONEY, HELEN WOOD DAN JENNIFER THOMPSON |
HELEN BUAT PENDEDAHAN DALAM RANCANGAN 'BIG BROTHER' |
Namun, dalam kesedihan peminat pasukan itu, kini mereka dikejutkan pula dengan skandal seks yang melibatkan salah seorang bintang bola sepak England, Wayne Rooney.
Salah seorang wanita yang terlibat dengan skandal itu, Helen Wood telah membuat pengakuan dalam rancangan realiti popular 'Big Brother' bahawa dia masih menyesal dengan aksi trio seks yang dilakukan bersama pemain bola sepak England Wayne Rooney dan seorang lagi wanita iaitu Jennifer Thompson.
Pemilik salon kecantikan itu buat kali pertama telah menceritakan tentang kejadian itu kepada salah seorang peserta rancangan tersebut yang bernama Ash Harrison.
Dalam kenyataannya itu, Helen, 24, menyalahkan bekas rakannya Jennifer Thompson yang telah mendedahkan segala maklumat mengenai adegan trio seks mereka.
Helen yang juga bekas seorang pelacur menambah bahawa segala aktiviti seks mereka berlaku beberapa tahun dulu dan ianya adalah di luar kawalan.
Mereka juga telah bersetuju untuk merahsiakan perkara itu dan menyimpan segalanya antara mereka sahaja kerana Rooney pada masa itu telah berkahwin.
Hubungan terlarang antara mereka bertiga berlaku pada tahun 2010 apabila bintang Manchester United itu menghadapi masalah rumah tangga ketika isterinya, Coleen Rooney mengandungkan anak pertama mereka, Kai.
Pendedahan Helen itu ternyata dinantikan terutamanya oleh pihak penerbitan rancangan itu kerana pendedahan itu pastinya akan menaikkan populariti rancangan tersebut.
COLEEN TETAP SETIA BERSAMA SUAMINYA WALAUPUN SELEPAS SKANDALS SEKS ROONEY |
Edited by;
Farahhasina