Bekas Miss Universe 1994 dan aktres Sushmita Sen, yang telah mengambil 2 anak angkat berkata dia pasti akan berkahwin dalam satu majlis indah yang penuh gilang gemilang.
Aktres jelita yang kini berusia 38 tahun itu pernah dikatakan menyukai aktor Randeep Hooda dan Vikram Bhatt berbanding aktor-aktor lain yang pernah cuba mendampinginya. Sushmita menyatakan bahawa dia tidak terdesak atau terikat untuk mengikuti norma sosial masyarakat. Apabila ditanya mngenainya Sushmita hanya menjawab "Saya rasa biarlah lambat asalkan pilihan itu tepat dan terbaik"
Dalam satu kenyataan terbaru, Sushmita dipetik sebagai berkata " Saya tidak rasa saya wajib untuk mematuhi sistem yang sedia ada. Masyarakat kita telah mencipta suatu konsep di mana seseorang harus menamatkan pengajian pada usia 18 tahun, mula cemas untuk berkahwin pasa usia 22 tahun dan telah mempunyai cahaya mata pertama menjelang usia 27 tahun. Saya tidak percaya pada konsep sebegini. DNA setiap individu itu berbeza dan kerana itu jugalah pemikiran dan mentaliti juga berlainan. Jangan risau, saya pasti akan berkahwin dalam satu majlis yang sungguh indah"
Sushmita juga berjanji untuk membuat 'comeback' dalam dalam industri perfileman pada tahun ini setelah berjaya mengurangkan berat badannya. "Saya pasti 2014 adalah tahun saya!"