Wanita berusia 40 tahun itu mempunyai beberapa ritual karut, termasuk membawa batu permata Pink Quartz dan Black Tourmaline di belakang pentas semasa pertunjukan fesyennya.
Bercakap kepada pelajar-pelajar di institusi seni di Singapura, beliau berkata, "Jika saya memberitahu anda semua secara jujur tentang ritual belakang pentas saya, anda pasti berfikir saya agak pelik. Saya membawa kristal saya dan mungkin sesetengah orang akan merasakan ianya ganjil tetapi ia berkesan bagi kami"
Victoria, yang tinggal di London dengan suaminya, bekas bintang bola sepak David Beckham dan anak-anak mereka Brooklyn, 15, Romeo, 12, Cruz, 9, dan Harper 2, kini mempunyai jenama fesyen sendiri di New York.
Namun, dia mengakui walaupun berada di ambang kejayaan kini, dia masih bimbang tentang petanda buruk dan nasib malang.
"New York berhasil untuk kami dan pasukan kerja saya juga gembira di sana. Kami telah membuka perniagaan dengan baik. Walaupun saya dan yang lain akan pergi ke hotel yang sama, tetapi saya tetap mengikut pantang larang" kata Victoria.
"Saya tidak akan berjalan di bawah tangga dan jika saya terlihat burung murai saya akan menegur seperti yang sepatutnya" katanya lagi.
Edited by;
Farahhasina