expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 21, 2014

PERGOLAKAN ISRAEL-PALESTIN: BACKSTREET BOYS BATALKAN KONSERT DI TEL AVIV



Masih ingatkah anda dengan kumpulan Backstreet Boys yang popular dengan lagu 'As Long As You Love Me' di sekitar tahun 90-an? Kumpulan itu kini kembali mewarnai industri seni suara apabila kembali aktif bersama.

Mereka baru-baru ini telah dijadualkan untuk mengadakan satu konsert di Tel Aviv namun mereka telah membatalkan konsert tersebut berikutan ketegangan yang semakin meningkat antara Israel dan Palestin.

Konsert tersebut telah dijadualkan pada 29 Julai hingga 31 Julai di Amfiteater Ra'anana di Tel Aviv namun terpaksa dibatalkan akibat keadaan yang semakin meruncing antara Israel dan Palestin. 

Kumpulan ini walau bagaimanapun akan cuba untuk menempah semula jadual konsert mereka di sana tahun depan.

"Ini adalah satu kekecewaan besar bagi kumpulan kami dan peminat kerana ini adalah lawatan pertama kami ke Israel dan kami sangat berharap dapat menemui peminat kami," kata kumpulan yang terkenal di dunia ini.

Selain Backstreet Boys, Neil Young & Crazy Horse dan Paul Anka juga sebelum ini telah membatalkan konsert mereka berikutan peningkatan konflik Timur Tengah itu.