expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 13, 2014

RANI MUKHERJEE MAHU CEPAT DAPAT ANAK


Pelakon jelita Bollywood, Rani Mukherjee yang telah berkahwin secara rahsia dengan seorang pengusaha filem dari keluarga ternama, Aditya Chopra di Itali April lalu mengakui bahawa dia mengharapkan untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.


Menurut Rani, antara sebab sesebuah perkahwinan itu adalah untuk membina keluarga. Seseorang wanita itu dilahirkan dengan anugerah paling istimewa untuk melahirkan insan lain.

Baginya, mengapa seseorang tidak mahu menggunakan anugerah kurniaan tuhan itu. Oleh itu, dia sendiri memang mengharapkan untuk menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

"Aditya selalu bergurau dengan saya. Dia selalu berkata, awak dilahirkan untuk menjadi seorang ibu. Sepatutnya awak terus dapat seorang nayi sebaik sahaja awak lahir dulu," cerita Rani.

Menurut Rani, walaupun dia mengharapkan untuk menjadi seorang ibu dalam tempoh masa terdekat ini, cintanya terhadap filem tetap sama kerana melalui filemlah dia memperoleh segala keyakinan dan kepuasan hidup.

Bagi Rani, dirinya memang ditakdirkan dalam industri filem dan kini dia berkahwin dengan lelaki yang juga dari keluarga filem. Sekiranya diberi peluang dan menerima skrip yang baik, Rani mengakui bahawa dia pasti akan melakonkannya.

"Aditya adalah lelaki masa kini yang berfikiran terbuka dan mengagumi wanita berkerjaya. Dia tidak akan menyuruh saya berhenti bekerja untuk menjadi seorang suri rumah dan akan lebih menghormati saya dengan berkerjaya," tambah Rani lagi.

Buat masa ini, Rani tidak pasti sama ada dia akan terus berlakon atau hanya bekerja di belakang tabir. Namun yang pasti, dia akan terus bekerja sepanjang hayat.


Edited by;
Farahhasina