Video 16 minit itu dipercayai telah dirakam dalam bangunan Ansonia Hotel di New York City pada tahun 1999, telah disiarkan dalam secara online oleh media tabloid Amerika, National Enquirer pada malam Selasa.
Video itu menunjukkan Angelina Jolie kelihatan sangat kurus dengan keadaan yang sangat tidak terurus sambil berjalan di sekitar bilik yang bersepah dengan tin minuman dan timbunan pakaian ketika bercakap di telefon.
Perbualan yang dirakam menunjukkan aktres itu membincangkan isu-isu keluarga dengan pemanggil yang dipercayai bapanya iaitu pelakon Jon Voight.
Menurut laporan, lelaki yang membuat rakaman itu merupakan seorang pengedar dadah bernama Franklin Meyer yang mendakwa pelakon itu adalah salah seorang daripada pelanggannya. Beliau juga memberitahu bahawa video itu dirakam dengan kerelaan Angelina Jolie sendiri.

Pelakon sensasi itu baru-baru ini telah bersikap terbuka mengenai perjuangannya menentang ketagihan dadah di masa lalu sebelum dia beralih menjadi bintang ternama Hollywood.
Edited by;
Farahhasina