expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 8, 2014

ZIANA ZAIN PULA BERHIJAB?


Seorang demi seorang artis yang diberi hidayah pada bulan Ramadhan ini tampil berhijab. Paling terkini adalah kisah Ziana Zian yang dikatakan telah berhijab apabila gambarnya dengan imej baru itu tersebar menerusi Instagram.

Gambar terbaru Ziana itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan dalam kalangan peminatnya sama ada Ziana telah benar-benar berhijrah dan kini berhijab sepenuhnya.


Namun, persoalan itu terjawab melalui satu kiriman SMS Ziana kepada seorang wakil media. Dalam kiriman SMS itu, Ziana memberitahu bahawa sempena menghormati bulan Ramadhan, memang sudah menjadi kelaziman untuknya berhijab apabila menghantar anak-anaknya ke sekolah agama.

"Inilah pesanan yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadhan," jelas Ziana Zain.

Jadi, pengakuan Ziana ini pastinya menjelaskan segala persoalan yang wujud dalam kalangan peminatnya yang sentiasa ingin mengetahui perkembangan terkini artis kesayangan mereka ini.

Mungkin, belum tiba masanya dan Ziana belum terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya. Namun, setidak-tidaknya Ziana telah menunjukkan rasa hormat terhadap bulan ramadhan yang mulia ini. 

Siapa tahu, lama-kelamaan hati Ziana terbuka nanti untuk terus berhijab. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya.