expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 2, 2014

AWIE TETAP TERUJA SAMBUT RAYA TANA KEHADIRAN ISTERI


TERNYATA ‘ketiadaan’ isteri pada sambutan Aidilfitri kali ini tidak menjadi penghalang buat penyanyi rock Awie untuk meraikannya dengan gembira bersama kelima-lima anaknya.

Biarpun segala persiapan diuruskan oleh penyanyi itu secara sendirian, Awie menerusi Astro Gempak memberitahu kesemuanya berjaya disiapkan dengan lengkap.

“Saya memang lebihkan anak-anak kerana mereka yang paling seronok setiap kali hari raya.

“Biarpun sederhana, asalkan anak-anak saya gembira. Mereka juga teruja mahu beraya bersama nenek mereka di Cheras.

“Juadah raya semua ibu yang sediakan…Kuih muih…rendang…semua air tangan ibu saya…,”katanya.

Awie dan isterinya kini tinggal berasingan sementara kes pukul yang melibatkan keduanya masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.