Bintang hollywood penuh kontroversi, Lindsay Lohan dilaporkan telah dijangkiti virus semasa percutiannya di Polynesia Perancis.
Menerusi akaun Twitternya, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi tentang penyakitnya dan mendedahkan bahawa dia telah dijangkiti virus chikungunya. Virus ini hadir dengan gejala-gejala seperti ruam, keletihan, loya, sakit kepala, sakit otot, demam dan sakit sendi.
Lohan yang mula menunjukkan simptom-simptom chikungunya sempat berkongsi tentang keadaan dirinya dan kata-kata berunsur nasihat dalam tweet beliau.
Bintang 'Mean Girls' ini turut memuat naik gambar-gambarnya di Instagram di mana dia dilihat menikmati percutiannya itu bersama rakan-rakan walaupun selepas dijangkiti virus berkenaan.
"Diserang penyakit memang tidak menyeronokkan, tetapi selamat tahun baru buat semua. Mudah-mudahan gembira dengan orang-orang tersayang. Saya tidak mahu virus ini merosakkan percutian saya dan mahu ianya menggembirakan pada tahun baru" demikian kapsyen Lindsay bagi gambarnya di Instagram.
LINDSAY MASIH BERMAIN JET SKI WALAUPUN SETELAH DIJANGKITI VIRUS CHIKUNGUNYA |
LINDSAY SEMPAT MEMUAT NAIK GAMBAR KETIKA PERCUTIANNYA DI PERANCIS |