expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 30, 2014

RESPON IBU PUTERI BALQIS TERHADAP STATUS GB JINGGO


Beberapa hari lepas, tercetus kontroversi gara-gara status Facebook pengarah tersohor  Azman Yahya atau Jinggo dari JS Pictures yang menyindir bapa kepada pelakon kanak kanak terkenal, Puteri Balqis yang dikatakan seakan bersikap berlagak dengan syarikat produksi itu.

Rentetan konflik yang terjadi, banyak pihak memberi pandapat agar peminat tidak hanya mendengar cerita dari pihak JS Pictures sahaja dan menunggu kenyataan dari keluarga Puteri Balqis sendiri atas apa yang terjadi. Akhirnya, Norashikin Mohd Aziz iaitu ibu kepada pelakon kanak-kanak itu memberi respond terhadap perkara yang berlaku.

Norashikin meluahkan rasa kecewa dengan fitnah yang dilemparkan oleh pengarah itu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi Puteri Balqis.

“Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu”

“Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri,” ujarnya.

Norashikin menambah yang JS Pictures merayu untuk Puteri Balqis berlakon dalam sebuah drama untuk siaran TV3 yang pada awalnya ditolak kerana mempunyai komitmen dengan pengarah Michael Ang, namun selepas dipertimbangkan, mereka meminta skrip untuk dihafal terlebih dahulu.

“Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awalnya mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan memberi laluan kepada drama ini dahulu. Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya”

“Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk 5 episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk 6 episod,” jelasnya lagi.

STATUS FACEBOOK JINGGO YANG MENJADI KONTROVERSI YANG BERPUNCA DARI MESEJ DENGAN BAPA BALQIS
JINGGO NYATA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN SIKAP BAPA PUTERI BALQIS