expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 10, 2015

JENNIFER LOPEZ AKUI SERING TERSALAH PILIH LELAKI


Perceraian dan kekrapan bertukar pasangan hidup sememangnya perkara biasa dalam dunia Hollywood. Namun, seperti manusia biasa, bintang Hollywood juga sebenarnya mengharapkan hubungan yang berkekalan.

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi seksi, Jennifer Lopez telah mendedahkan tentang sebab sebenar di sebalik hubungannya dengan lelaki yang tidak pernah  kekal.

Bintang berusia 45 tahun itu memberitahu bahawa dia sering sahaja tersalah pilih lelaki dalam hidupnya walaupun dia acapkali cuba menjadi seorang kekasih dan isteri yang terbaik.

Jennifer dalam kenyataan terbarunya juga menyatakan bahawa buat masa ini dia sedang tidak mahu menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki dan cuba untuk bergembira dalam keadaannya yang kini berseorangan.

Dalam catatan buku tentang kisah silamnya yang telah diterbitkan tahun lepas, dia telah membicarakan tentang perceraiannya dengan penyanyi Marc Anthony yang baginya amat menyakitkan serta kisah silam yang telah mendera emosinya.