expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, January 11, 2015

TAYLOR SWIFT MAHU DIKENALI KERANA BAIK BUKAN KERANA SEKSI


Seandainya diberi pilihan penyanyi,Taylor Swift memilih untuk menjadi lebih baik berbanding menjadi seksi.

Taylor Swift tidak risau apabila peminat merakan dia berimej 'cool' kerana baginya dia lebih mementingkan personaliti berbanding penampilannya.

"Setiap orang mempunyai keutamaan. Dilihat dan dilabel sebagai seksi bukanlah matlamat saya tetapi saya benar-benar berharap orang merasakan saya seorang yang baik," katanya.

"Saya tidak kisah jika menjadi baik dianggap sebagai 'cool' namun saya tidak pernah sesekali menumpukan fokus saya untuk menjadi seperti itu," kata Taylor lagi.

Di masa lapang, Taylor mengakui hidupnya tidak begitu berada dalam lingkungan glamor dunia artis kerana dia lebih suka menonton televisyen bersama kucing kesayangannya.

"Apabila tidak ada persembahan atau sebarang temubual, saya hanya menonton TV dan saya adalah jenis yang suka duduk di rumah dan menonton TV serta bermain dengan kucing saya. Dalam kehidupan, kucing selalu membuat saya tersenyum," ujar penyanyi itu.

Taylor yang sebelum ini pernah berpacaran dengan bintang seperti Harry Styles, Jake Gyllenhaal dan John Mayer kini gembira hidup berseorangan dan buat masa ini tidak mempunyai keinginan untuk memulakan hubungan baru.

Bagi penyanyi lagu popular 'You Belong With Me' ini, persahabatan dengan rakan-rakan perempuan adalah lebih penting dari percintaan. Baginya dia amat gembira sekarang dan tidak kesepian.

Namun, seandainya dia memulakan hubungan cinta selepas ini, Taylor mahukan seorang lelaki yang boleh membuatkannya ketawa.

TAYLOR SWIFT TIDAK KISAH TIADA IMEJ SEKSI NAMUN MAHU DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG BAIK