expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 1, 2015

MICHAEL DOUGLAS TAK SUKA JADI TUA


Pelakon Michael Douglas berkata bahawa tiada apa-apa yangdia suka tentang menjadi semakin tua, tetapi mengakui dia menjadi bapa yang lebih sabar kepada anak-anak yang lebih muda.

Bintang berusia 70 tahun itu yang mempunyai seorang anak berusia 36 tahun, Cameron dengan bekas isteri, Diandra Luker dan bersama Catherine Zeta Jones dia mempunyai anak lelaki yang berusia 14-tahun, Dylan dan anak perempuan berusia 11 tahun, Carys.

Aktor itu berkata, dia menjadi lebih pelik apabila semakin berusia, tetapi percaya dia akhirnya dia akan menemui apa yang benar-benar penting dalam kehidupan.

"Tiada apa yang saya suka tentang  menjadi semakin tua. Namun saya rasa satu perkara yang sukar  ketika kita muda ialah kita mengambil terlalu kisah tentang apa yang orang lain fikirkan," kata pelakon itu.

"Kita terlalu berusaha untuk memuaskan hati orang lain. Sebaliknya semasa tua, kita akan memberi tumpuan kepada orang yang paling dekat dengan kita, keluarga kita,"

"Saya mempunyai lebih banyak masa hari ini berbanding ketika saya pertama kali menjadi bapa. Ketika itu, saya sentiasa mengutamakan kerjaya. Hari ini yang berbeza dan saya juga lebih sabar," katanya.

Douglas menegaskan dia tidak menyesal mengenai apa-apa yang telah berlaku dalam hidupnya. "Adalah penting untuk membuat kesilapan asalkan kita belajar darinya," tambah beliau lagi

Pelakon 'Wall Street' itu juga berkata melawan kanser lidah pada tahun 2010 telah memberikan kepadanya perspektif baru dalam kehidupan.

"Saya amat pragmatik mengenai perkara ini. Saya hanya mahu berurusan dengan masalah di tangan. Saya rasa bertuah kerana masih hidup. Apabila kita melaluinya, kita rasa benar-benar hidup dengan segala semangat baru, " katanya lagi.