expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, January 4, 2015

PERPISAHAN JOHNNY DEPP DAN TUNANGNYA HANYA KHABAR ANGIN


Hubungan aktor versatil Johnny Depp dan tunangnya Amber Heard sebelum ini dikhabarkan berada di ambang perpisahan.

Selepas khabar angin itu bertiup kencang beberapa ketika, kini hubungan romantik Johnny Depp dan tunangnya dilaporkan dalam keadaan yang baik.

Pasangan yang bertunang pada bulan Januari 2014 itu baru-baru ini menjadi mangsa khabar angin bahawa hubungan mereka sedang bergolak.


Namun segala perkhabaran itu terjawab apabila mereka masih kelihatan bahagia bersama pada permulaan tahun 2015 ini ketika meraikan hari jadi ke-80 ibu Depp di restoran Ago di West Hollywood.

"Amber dan Johnny benar-benar bahagia dan hubungan mereka adalah dalam keadaan yang baik," kata satu sumber.

Johnny Depp dan Amber Heard mula berpacaran pada tahun 2012 selepas bertemu ketika penggambaran filem "The Rum Diary" 

Mereka dilaporkan menunda rancangan perkahwinan mereka bulan lepas berikutan spekulasi bahawa Amber yang berusia 28 tahun itu tidak berpuas hati dengan gaya pelik tunangnya semasa di Hollywood Film Awards pada bulan November 2014.