expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 24, 2014

LINDSAY LOHAN BERLARI BOGEL DALAM PUSAT BELI BELAH


Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan memang sentiasa mengejutkan dunia dengan pelbagai kontroversi yang sudah seakan sebati dengan dirinya. Terbaru, pelakon ini dilaporkan berlari bogel di sekitar pusat beli belah terkemuka di London, Selfridges.

Bintang 'Mean Girls` ini benar-benar mengejutkan orang ramai yang berada di sekitar gedung beli belah yang mewah itu apabila dia didakwa keluar dari bilik persalinan tanpa seurat benang pun.

Tidak cukup dengan itu, selain berbogel dia juga dikatakan berlarian di sekitar pusat beli belah itu sambil ketawa seperti mengalami histeria.

Satu sumber yang dipetik daripada akhbar The Sun berkata bahawa; "Lindsay telah mengambil beberapa helai pakaian dan terus ke dalam bilik persalinan.

Seketika kemudian, dia berlari keluar dari bilik persalinan tersebut tanpa sebarang pakaian pun dan telah dikejar beberapa staff dan kakitangan yang cuba untuk menutup badannya"

"Dia ketawa berdekah-dekah dan ini membuatkan kakitangan terpaksa berlari mengejarnya kerana ramai pelanggan lain yang memerhatikan tindakannya itu," tambah sumber tersebut.

Lindsay yang berusia 27 tahun dijadualkan bertemu seseorang di Selfridges pada hari itu, tetapi temu janji tersebut telah dibatalkan berikutan perangai peliknya itu.


Edited by;
Farahhasina