expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 23, 2014

IDENTITI KEKASIH NABILA HUDA AKHIRNYA TERBONGKAR



Umum mengetahui bahawa Nabila Huda selama ini merahsiakan identiti kekasihnya malah semua gambar yang dimuat naik Nabila di Instagram tidak langsung mendedahkan wajah kekasihnya itu. Kontroversi hebat melanda apabila Nabila pergi bercuti di London degan kekasih barunya itu walaupun identiti lelaki itu kekal misteri.

Namun setelah timbul isu yang melibatkan kemarahan Amy Search hingga dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada kekasih Nabila itu, akhirnya identiti lelaki itu terbongkar jua.

Menurut satu sumber, lelaki tersebut merupakan pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, Kuala Lumpur yang dipanggil 'Bert'. Dalam semua gambar yang dimuat naik sebelum ini, pasangan ini kelihatan sangat mesra dan begitu bahagia bersama.

Semoga dengan paparan gambar terbaru ini telah merungkai segala tanda tanya dalam kalangan peminat Nabila yang selama ini begitu ingin mengetahui siapakah lelaki bertuah yang berjaya menawan hati pelakon itu.
RESTORAN KULKATS BARRIO YANG DIKATAKAN MILIK KEKASIH NABILA HUDA, BERT.

Edited by;
Farahhasina