expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 21, 2014

MADONNA DAPAT PUCUK MUDA LAGI



Penyanyi sensasi Madonna memang sudah terkenal dengan sikapnya yang gemar menukar teman lelaki. Dalam usia emasnya sekarang dia masih mampu mendapat seorang teman lelaki yang jauh lebih muda darinya.

Terbaru, penyanyi pop sensasi berusia 55 tahun itu dilaporkan telah mendapat 'pucuk muda' yang baru bagi dirinya. Madonna kini dikatakan berpacaran dengan seorang penari Belanda Tim Steffens yang berusia 26 tahun. 

Hubungan mereka yang dikesan bermula sejak Januari lalu bagaimana pun telah dinafikan oleh Madonna sebelum ini.

Namun, pihak media baru-baru ini berjaya merakam aksi pasangan ini yang keluar bersama-sama sekali lagi untuk menonton muzikal terbaru Broadway ‘Holler If Ya Hear Me' di New York City.

 Ini nyata telah mencetuskan spekulasi baru tentang status hubungan mereka yang kini memang dikatakan sedang hangat bercinta.

Satu sumber memberitahu bahawa Madonna dan Steffens bertemu di Switzerland semasa Madonna bersama pereka fesyen Valentino dalam satu percutian.

Walau bagaimnapun, selepas media mula mengesan hubungan Madonna dan Steffens, satu sumber yang rapat dengan Madonna memberitahu bahawa hubungan mereka tidak serius.

Madonna yang memang sinonim dengan sikap gemar mencari teman lelaki muda sebelum ini telah berpacaran dengan penari profesional Brahim Zaibat yang berusia 25 tahun. Hubungannya dan Zaibat bertahan selama tiga tahun sebelum Madonna memutuskannya di Dece tahun lalu.