expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 21, 2014

WARTAWAN PIALA DUNIA 2014 YANG PALING 'HOT'



Demam bola sepak kini melanda seluruh pelosok dunia. Rata-rata, topik hangat yang menjadi perbuatan semua pihak pastilah mengenai bola sepak Piala Dunia 2014.

Dalam hangatnya bicara tentang pasukan-pasukan bola sepak dan juga para pemain, kini ramai peminat bola sepak dunia yang telah jatuh cinta dengan seorang wartawan yang membuat liputan Piala Dunia.Vanessa Huppenkothen adalah seorang wartawan di stesen TV Mexico, Televisa.

Nama wartawan yang dikatakan 'hot' dan seksi ini kini meniti di bibir para peminat sukan antarabangsa. Malah Vanessa yang berusia 29 tahun ini amat popular dan menjadi perbualan hangat di Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi media sosial bagi Piala Dunia musim ini.

Dia juga dikatakan mempunyai ratusan ribu pengikut bagi akaun Instagramnya. Meneliti semua gambar seksi yang dimuat turun di Instagram miliknya, pasti kita akan tahu mengapa dia begitu mencuri tumpuan peminat sukan kini.

Selain Vanessa, Mexico turut menghantar 2 lagi wartawan jelita yang turut mendapat perhatian dalam siri Piala Dunia musim ini iaitu Inez Sainz dari saluran TV Azteca, dan Mariana Gonzalez yang mewakili TV Azteca Noreste.

Jadi, selain perlawanan bola sepak mereka, Mexico juga pasti akan diingati kerana jelitawan-jelitawan 'panas' ini yang beraksi membuat liputan bagi Piala Dunia musim ini.




Edited by;
Farahhasina