expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Wednesday, June 11, 2014

NEELOFA DAN HAN ISAAC PUTUS CINTA?



Umum telah mengetahui kisah percintaan pelakon Hans Isaac dengan Neelofa. Walaupun pasangan ini jarang membicarakan mengenai hubungan cinta mereka secara terbuka, terdapat desas desus mengatakan bahawa mereka akan melayari bahtera rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Namun begitu, baru-baru ini timbul pula khabar angin mengatakan bahawa hubungan pasangan ini telah berakhir. Hans Isaac yanng ditemui telah membuat kenyataan berhubung isu tersebut.

“Secara jujur, saya tak boleh nak komen apa-apa. Saya rasa lebih baik jika saya tidak memberikan sebarang komen buat masa ini. Fokus saya sekarang adalah pada perniagaan saya dan diri saya” ujar Hans yang jelas tidak mahu membuka mulut tentang status hubungannya dan Neelofa kini .

“Saya rasa lebih baik saya berdiam, biar saya simpan. Lebih baik hanya saya saja yang tahu. Saya tak mahu nanti dikatakan bercakap putar belit. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan semua orang” jawapan Hans mengakhiri perbualan.

Hans membuat kenyataan berhubung status hubungannya itu ketika ditemui pada sidang akhbar ‘Supermokh Sebuah Muzikal Restaging’ di Menara CIMB.


Edited by;
Farahhasina