expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 18, 2014

PENGIKUT TWITTER SHAH RUKH KHAN CECAH 8 JUTA


Bintang Bollywood Shah Rukh Khan kini mempunyai pengikut di Twitter dengan jumlah yang mengagumkan kerana ia dikatakan telah mencecah angka 8 juta.

Pelakon Chennai Express itu yang baru-baru ini dinamakan sebagai pelakon kedua terkaya di dunia juga adalah yang kedua di Bollywood dengan ramai pengikut selepas Amitabh Bachchan, yang kini mempunyai lebih 9 juta pengikut.

Shah Rukh Khan menggunakan Twitter pada tahun 2010, dan penanda aras terbaru menunjukkan pengikut beliau telah mengatasi pengikut Aamir Khan (7.17 juta) dan Salman Khan (7.18 juta).

Melalui akaun Twitternya, Shah Rukh Khan berkongsi pendapat dan buah fikirannya, memaklumkan tentang pengambaran filem dan pelbagai lagi aktivitinya. 

Kebanyakan tweet pelakon berusia 48 tahun itu juga seringkali menunjukkan komitmen beliau terhadap anak-anaknya iaitu Aryan, Suhana dan AbRam.

Dia kini begitu terikat dengan jadual kerja di mana dia sedang dalam penggambararan filem Fan dan Raees, promosi tahun baru dan filem baru oleh Rohit Shetty. Selain itu dia juga begitu komited terhadap liga kriket bagi pasukannya.

"Dia tidak mempunyai masa untuk berehat," kata satu sumber yang rapat dengan pelakon ini.


Edited by; 
Farahhasina