expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 19, 2014

NORA DANISH BUKAN PERAMPAS!



Pelakon jelita Nora Danish yang baru-baru ini hangat dilanda kontroversi berhubung gambar instagramnya kini boleh nafas lega apabila satu lagi spekulasi yang dibuat peminat tentang hubungan cintanya kini telah selesai.

Sebelum ini, Nora Danish agak terkilan kerana dituduh oleh sesetengah pihak sebagai orang ketiga yang memusnahkan rumah tangga kekasihnya, Nedim Nazri. Nora Danish dikatakan menjadi penyebab perpisahan antara Nedim dan bekas isterinya, Nabilah Khan walaupun ramai yang mengetahui Nedim telah lama berpisah dengan bekas isterinya itu.

Namun, kenyetaan yang dikeluarkan Nabilah Khan yg lebih mesra dengan panggilan Bee Khan itu telah menjernihkan suasana dan menjelaskan duduk perkara sebenar.

 Melalui akaun Instagram peribadinya, beliau menjawab persoalan ini dan jelas wanita itu tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan hubungan Nora Daniah dan bekas suaminya itu.

“Nedim adalah bekas suami dan juga ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama”

“Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia,“ jelas Bee Khan dalam kenyataannya itu.

Nora Danish juga turut membalas kenyataan positif Bee Khan itu dengan meluahkan rasa syukur dengan penjelasan yang diberi selain berharap hubungan mereka berdua akan bertambah baik selepas ini.