expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 14, 2014

PREITY ZINTA DICABUL DAN DIUGUT


Pelakon jelita Bollywood Preity Zinta telan memfailkan First Information Report (FIR) terhadap bekas teman lelakinya Ness Wadia atas dakwaan bahawa teman lelakinya itu mencabul, mendera dan mengugut beliau di dalam stadium Wankhede di selatan Mumbai.

Dalam aduan enam muka suratnya itu, Zinta melaporkan, "Saya telah mengenali Ness Wadia sepuluh tahun yang lalu dan mempunyai hubungan dengannya. Hubungan kami berakhir tidak berapa lama dulu.Walaupun kami merupakan pemilik bersama pasukan kriket Kings XI Punjab, kami hanya bercakap atas sebab-sebab profesional sahaja"

"Kami tidak bercakap antara satu sama lain untuk beberapa lama dan adakalanya kami bertengkar mengenai hal-hal kerja dan dia cuba mendera saya. Dia juga menggunakan bahasa kesat yang sangat menghina dan saya telah dimalukan di hadapan rakan-rakan dan juga keluarga saya. Saya telah memberi amaran kepadanya dan memberitahu bahawa saya tidak selesa dengan segala perbuatannya," kata Zinta dalam aduan itu.

Zinta juga menambah dalam aduan beliau bahawa semasa acara lelongan IPL yang telah diadakan di Bangalore, Ness telah memaksa Zinta untuk duduk di sebelahnya dan apabila dia tidak menurut, dia sangat marah, bersikap kurang ajar dan menggunakan bahasa yang kesat. Malah dia juga telah bergaduh dengan Zinta di tempat awam.

Zinta mendakwa bahawa Ness telah berkata kepadanya "Awak fikir diri awak siapa? Saya adalah pemilik kumpulan Wadia dan awak bukanlah sesiapa pun"

Zinta berkata bahawa dia benar-benar terkejut oleh kelakuannya kerana beliau tidak pernah menyangka beliau akan berkelakuan sepeti itu. Insiden yang disebutkan dalam aduan Zinta didakwa berlaku pada 30 Mei di Stadium Wankhede Mumbai di mana pasukan kriket milik mereka sedang bertanding.

NESS WADIA DIDAKWA MENCABUL KEHORMATAN DAN MENGUGUT  PREITY ZINTA

Edited by;
Farahhasina